top of page
PENGENALAN

Pertubuhan Ikon Malaysia (IKON Malaysia) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan secara sah di Malaysia, berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan masyarakat dan negara melalui pendekatan berstruktur dalam bidang kebajikan, pembangunan modal insan, pendidikan, dan kesukarelawanan. Ditubuhkan atas kesedaran bahawa kemajuan negara bergantung kepada keupayaan rakyatnya, IKON Malaysia menggerakkan program- program yang menyentuh pelbagai lapisan masyarakat, dari komuniti marhaen hingga ke pemimpin akar umbi. Berteraskan prinsip "rakyat sebagai aset negara", IKON Malaysia berusaha mengangkat potensi rakyat Malaysia agar mampu menjadi ikon perubahan sosial, ekonomi dan intelektual. Setiap inisiatif yang dijalankan adalah selaras dengan agenda pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), dan Dasar Sosial Negara.
bottom of page



